Friday, 12 August 2011

tips melayan lelaki kuat merajuk !

1- Sebab dorang rasa korang sangat amik berat kalau dia buat macam tu
2- itu je cara dorang nak rasa kasih sayang korang
3- nak kan perhatian, yelah kan, takkan nak merajuk dengan mak bapak..tak untung..huhu!
4- rasa diri dorang bahagia sangat, lepas tu feeling di sayangi...

padahal kita dah setengah mati pikir ayat nak pujuk dia kan...ingat senang ke nak pujuk, kalau seminggu sekali merajuk takpa la kan..ni 6 kali sehari...dah macam makan ubat sawan, kalau ubat dah tentu2 sembuh kan...ni pujuk 6 kali sehari pun masih lagi merajuk...mengadeeee dia tuuuuu...huhu!

tapi, kalau korang dah tak larat sangat nak pujuk, meh i bagi tips...hehe! kalau si dia merajuk, eh sebenarnya ni untuk perempuan yang laki nye kuat merajuk, kalau yang lelaki perempuan kuat merajuk tu WAJIB PUJUK..hahaha! bukan sunat muakad ye...lalalalala~~

L=lelaki
P=perempuan

L: saya merajuk
P: oh yeke? ok

(buat tak tau, jawab dengan nada biasa, macam dia bgtau nak gi main bola, cakap *oh, ok..* hahaha!)

L: awak, saya marah betul la dengan awak ni!
P: awak nak marah saya sampai pukul berapa?? saya nak set alarm ni...

(lepas tu buat muka comel, dia tengah marah, kene buat muka comel..hahaha!)

L: awak ni tak sayang saya la, suka degil2...
P: mak saya pun kata saya degil, semua nak kata saya degil, semua orang tak sayang saya

(buat muka sedih, pandang tempat lain amik feel sedih, awas! jgn gelak! huhu!)

L: awak tak nak pujuk saya ke? awak dah berubah tak macam dulu...
P: awak, hari ni bukan turn awak merajuk, turn saya... :( sampai hati tak ingat....

(sambil tunjuk calender dalam fon)

huhuhu! mudah kan mudah kan??? ok, sila praktik....! tak susah la nak pujuk..

kite pompuan ni kene pandai main ayat......ha tak kan tak tau kannnn..hahaha!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Followers